Thursday, December 20, 2012
Single Scallop - Cara melipat dan membuat swag
Cara melipat
1. Mulakan melipat dari bawah, ambil poin 5 inci pertama di bawa ke poin 1 inci pertama, kemudian ambil poin 5 inci kedua, jarak 1 inci sahaja yang akan kelihatan di permukaan kain.
2. Pada bahagian atas berukuran 8 inci, ambil bahagian hujung kain ini lalu, dibawa ke poin 1 inci yang akhir. Naikkan atau tarik ke atas 2 inci bahagian kain yang berlipat.
3. Pastikan lipatan pada scallop selari dengan bahagian atas kain scallop bahagian dijahit mati 1/2 inci.
Membuat Swag
1. Sepasang swag berukuran lebar 43 inci labuh (ikut kesesuaian anda) dari lebar bahagian depan 12 inci.
2. Mulakan swag sari garisan 35 inci, lipat simpan 7 inci di bawah kain, biarkan ukuran 2 inci sahaja yang ada permukaan. Pada ukuran 3 inci yang akhir terus di bawa ke jarak 2 inci (ukuran sisip 33 inci).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment