Saturday, January 2, 2010

Baju Kurung Biasa, Kurung Pahang dan Kurung Riau


Guru kelas jahitan saya memperkenalkan saya kepada jenis-jenis Baju Kurung Popular yang biasa ditempah pelanggan iaitu Baju Kurung Biasa, Kurung Pahang dan Kurung Riau.

Ia satu maklumat baru; sebelum ini saya tak ambil kisahpun tentang jenis Baju Kurung Popular. Apabila ia sudah menjadi topik pembelajaran, maka saya perlu belajar mengenalinya dengan lebih lanjut. Lalu, tugasan pencarian Google saya selepas pulang dari kelas telah membawa ke sebuah blog yang menceritakan lebih lanjut tentang perbezaan jenis-jenis Baju Kurung Popular ini.

--------- --------- --------- ---------
Dari Blog:  http://jahitanfiza.blogspot.com/2010/03/indah-sungguh-si-baju-kurung-molek.html


Secara umumnya kita ketahui Baju Kurung juga lebih dikenali sebagai Baju Kurung Teluk Belanga atau Baju Kurung Johor. Apabila disebut Baju Kurung Teluk Belanga tergambarlah kepada kita pakaian yang labuh besar dan menyelubungi seluruh badan dan potongannya longgar kerana dirusuknya berpesak dan di bawah lengannya pula diletakkan kekek. Potongan lehernya bulat dan berbelah di depan. Pada sekeliling tebukan lubang leher itu, jahitan tulang belut digunakan bagi mengemas dan memperkukuhkan lagi leher baju tersebut.

Namun begitu baju ini sentiasa menjadi pilihan wanita Melayu samada sebagai pakaian apabila ke majlis rasmi ataupun sebagai pakaian harian kepejabat sahaja. Baju ini juga biasanya dipakai semasa menghadiri majlis-majlis perkahwinan, kenduri-kendara dan amat sesuai dipakai pada Hari Raya. Pakaian ini menampilkan ciri-ciri keayuan dan kesopanan kepada pemakainya selain menambahkan kelembutan kepada gerak geri seorang gadis yang berpadanan pula dengan personaliti Melayu sejati.







Pola Baju Kurung Pesak Gantung Dan Baju Kurung Traditional

BAJU KURUNG PAHANG

Baju kurung pahang adalah seperti baju kurung biasa TETAPI tanpa kekek dan mempunyai cutting dibahagian pinggang .

Perbezaan antara Baju Kurung Pahang dan Baju Kurung Pesak (traditional)

1) Kurung Pahang ~ Tidak mempunyai kekek.
- Kurung tradisional ~ Mempunyai kekek.


2) Kurung Pahang ~ Potongan Bahagian badan mempunyai "cutting".
- Kurung tradisional~ Potongan bahagian badan pula lurus hingga kebawah.

3) Kurung Pahang ~ Bahagian ditangan kembang dihujung.
- Kurung tradisional ~ Bahagian ditangan dari atas kehujung lurus sahaja.
Untuk baju kurung pahang ini, biasanya kain adalah lipat hadapan atau disebut selisih depan dan tanpa terbelah.Sementara baju kurung tradisional kainnya susun kipas samaada sebelah kiri ataupun kanan iaitu mengikut keselesaan masing-masing.




BAJU KURUNG RIAU


Baju kurung riau adalah seperti baju kurung pahang TETAPI tanpa kekek dan mempunyai pesak yg terbahagi kepada 2 bahagian seperti baju kurung pesak gantung dan mempunyai cutting dibahagian pinggang. Pesak untuk baju kurung riau ini adalah kembang dibahagian bawah. Baju ini amat sesuai untuk orang yg bertubuh kurus mahupun gempal. Disamping menampakkan sedikit potongan badan ianya dapat menyembunyikan bahagian punggung sipemakai.


Perbezaan antara Baju Kurung Pahang dan Baju Kurung Riau

1) Kurung Pahang - Hanya mempunyai satu pesak dari bawah ketiak terus kebawah. Pesaknya hanya sedikit mengikut potongan dibahagian pinggang sahaja.

2) Kurung riau - Mempunyai 2 pesak satu dibahagian bawah ketiak dan satu lagi yang kembang dibahagian bawah, dan ianya kelihatan seperti tergantung antara satu sama lain, dan ada juga yg memanggil kurung pesak gantung. Mengikut potongan dibahagian dada dan pinggang dan kembang sedikit dibahagian punggung.

Untuk baju kurung riau ini, kainnya adalah dua pilihan iaitu lipat hadapan atau disebut selisih depan dan ada yang susun kipas dibelakang.


Friday, January 1, 2010

Sejarah Baju Kurung


Menurut guru kelas jahitan saya, Baju Kurung adalah sejenis baju tradisional yang bukan sahaja mudah untuk dihasilkan malah boleh diubahsuai menjadi Pakaian Wanita atau Pakaian Lelaki (Baju Melayu). Oleh itu, strategi pembelajaran pantas lazimnya dimulakan dengan mempelajari Baju Kurung.

Bagi memotivasikan diri untuk mula memotong dan menjahit Baju Kurung, saya mengutip inspirasi sejarahnya dari laman Wikipedia

---------- ---------- ----------- ---------- ---------- -----------


Dari: http://ms.wikipedia.org/wiki/Baju_kurung 


Baju kurung

Baju kurung (Jawi: باجو كوروڠ) ialah pakaian tradisional untuk wanita Melayu. Baju Kurung terbahagi kepada dua iaitu Baju Kurung Lelaki dan Baju Kurung Perempuan. Baju Kurung lelaki juga dikenali juga sebagai Baju Melayu. Ia menjadi pakaian rasmi untuk negara Malaysia dan Brunei, juga boleh didapati di Indonesia, Singapura dan Thailand. Terdapat dua jenis baju kurung iaitu Baju Kurung Teluk Belanga dan Baju Kurung Cekak Musang. Baju ini sesuai dipakai oleh semua golongan masyarakat tidak mengira usia. Baju Kurung juga digunakan untuk menghadiri majlis perkahwinan, majlis agama, dan majlis rasmi. Di Malaysia, secara amnya seluruh wanita melayu memakai baju kurung sebagai pakaian tradisi ini termasuk pakaian rasmi pelajar sekolah rendah dan menengah. Cuma reka bentuk dan potongan baju kurung agak berbeza-beza mengikut negeri.

Selaras dengan peredaran zaman, kini pelbagai busana rekaan moden telah muncul dan diterima oleh masyarakat Melayu. Sungguhpun pada umumnya kita telah menerima pengaruh moden dalam pakaian harian, namun baju kurung tetap menjadi pilihan kaum wanita untuk digayakan. Bezanya, rekaan baju kurung sekarang lebih kontemporari tetapi masih mengekalkan ciri-ciri keasliannya.

Selain terdapat perubahan pada potongan dan bentuknya, untuk menghasilkan rekaan yang lebih moden dan kreatif, baju kurung juga dihiasi dengan sulaman, kerawang, manik mahupun labuci. Material untuk menghasilkan baju kurung juga turut berubah. Kini, terdapat pelbagai pilihan material antaranya satin, organza, chiffon, sutera, batik, linen dan banyak lagi. Perubahan ini dilakukan untuk disesuaikan dengan keadaan semasa atau majlis yang hendak dihadiri selain cuba meniru gaya potongan asing yang mungkin bertujuan untuk kelihatan lebih anggun. Kini terdapat pelbagai variasi baju kurung dan ia dikenali sebagai Baju Kurung Moden.

Walaupun baju kurung telah mengalami evolusi selaras dengan perubahan masa dan citarasa pemakai, namun rekaannya masih sama. Ia tetap selesa dan manis dipakai selain menampakkan kesopanan gadis Timur dan keunggulan budaya Melayu.

Isi kandungan
1 Sejarah
2 Baju Kurung Teluk Belanga
3 Baju Kurung Cekak Musang
4 Baju Kurung Kedah
5 Baju Kurung Melaka
6 Baju Kurung Pahang
7 Rujukan


Sejarah

Dari segi sejarahnya, baju kurung dikatakan mempunyai kaitan dengan pakaian 'djallabiyah' yang berasal dari Mesir di mana ia diertikan sebagai baju longgar. Adalah sukar untuk membuktikan dengan tepat sejak bilakah baju kurung mula dicipta dan dipakai oleh masyarakat Melayu. Persoalan tentang siapa yang mula-mula menghasil dan memakainya timbul kerana baju kurung dalam bentuk asalnya telah dipakai oleh pelbagai etnik di wilayah Nusantara. Berdasarkan beberapa maklumat;

Archjadi Judi (1986), baju kurung telah diperkenalkan di Indonesia oleh pedagang Islam dan India. Walau bagaimanapun, potongan baju ini juga dipercayai telah menerima pengaruh Timur Tengah seperti potongan leher berbentuk tunik, iaitu bentuk leher yang mula-mula dipakai oleh orang Arab zaman silam.
Semasa Zaman Kesultanan Melayu Melaka pula, penduduknya telah mempunyai pakaian mereka sendiri, iaitu pakaian baju kurung melayu asal, baju yang dipakai oleh mereka ketika itu dalam keadaan ketat dan singkat berbeza daripada baju kurung sekarang yang longgar dan labuh. Berdasarkan maklumat Sejarah Melayu, Tun Hassan Temenggung merupakan orang pertama mengubah suai bentuk baju kurung asal kepada bentuk baju Melayu yang dipakai kini.

Seorang pengkaji sejarah pakaian dan tekstil, Gettinger (1979) pula telah menyatakan baju kurung merupakan pakaian yang dipakai oleh penari istana di Palembang. Beliau juga menyatakan pakaian tersebut popular di Sumatera pada abad ke-20.

Tenas Effendy (1989) telah mengumpul ungkapan orang tua di daerah Riau, daerah rumpun Melayu yang terdekat dengan Malaysia (Semenajung Tanah Melayu) tentang baju kurung. Baju kurung yang digambarkan oleh beliau ialah baju kurung teluk belanga atau baju kurung yang dijahit dengan jahitan tulang belut di bahagian leher yang nampak halus dan rapi. Pakaian ini merupakan pakaian wanita yang bersopan dan juga pakaian setiap ahli dalam golongan masyarakat untuk pelbagai majlis dan adat.

Mengikut Siti Zainon (2006) pula, baju kurung ialah pakaian yang popular di kalangan orang Melayu. Pakaian ini merujuk kepada pola panjang untuk baju wanita, manakala pola pendek untuk baju lelaki. Baju kurung mempunyai ciri khusus yang membezakannya dengan pakaian lain. Pengertian kurung mempunyai persamaan dengan konsep pakaian menutup anggota tubuh. Ciri ini didapati menepati dengan konsep cara Melayu selepas kedatangan Islam. Beliau juga telah mendapati pelbagai jenis kurung mendapat inspirasi daripada baju kurung, antaranya ialah Kurung Pahang, Kurung Kedah, Kurung Cekak Musang dan Kurung Teluk Belanga. Kini baju kurung yang labuh paras lutut hanya disebut sebagai baju kurung sahaja dan telah dikhususkan untuk pakaian wanita.

Baju Kurung Teluk Belanga

Baju Kurung Teluk Belanga atau Baju Kurung Johor mula diperkenalkan semasa pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar tatkala Almarhum bersemanyam di Teluk Belanga Singapura dan berpindah ke Tanjung Puteri pada tahun 1866 (kini dikenali Johor Bahru). Almarhum menetapkan supaya baju perempuan labuhnya hingga bawah lutut dengan alas lehernya halus dan tidak berkocek. Terdapat berbagai bentuk sulaman yang dipadankan pada bahagian leher seperti mata lalat, tulang belut dan insang pari. Semasa pemerintahan Almarhum Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar pakaian tersebut telah diubah mengikut cadangan Allahyarham Jaafar bin Haji Muhammad, Menteri Besar Johor Pertama, satu kocek pada baju perempuan. Hari ini, Baju Kurung Teluk Belanga menjadi sinonim dengan baju kurung tradisional yang standard. Ia mengenakan kain yang disusun di sebelah kiri.

Baju Kurung Cekak Musang

Baju Kurung Cekak Musang adalah sama dengan Baju Kurung Teluk Belanga kecuali pada bahagian lehernya. Leher Baju Kurung Cekak Musang ada kolar. Kolar tersebut hanya selebar satu jari dan kedudukannya menegak. Pada bahagian hadapan kolar ada bukaan panjang yang berkancing. Potongan baju ini dipercayai menerima pengaruh dari India dan China.

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah dipercayai berasal dari Selatan Thai, kerana baju tersebut menyerupai blaus pendek dibuat singkat sampai ke paras punggung di selatan Thai. Baju Kurung Kedah terdiri daripada baju yang longgar dan diperbuat daripada kain cita (kapas) yang berbunga kecil ataupun kain kasa tebal atau nipis yang jarang serta potongan leher bujur sireh. Baju Kurung Kedah dipakai bersama kain sarung. Kain sarung diikat ambak mengalur dan di masuk sebelah kiri atau kanan. Baju Kedah boleh disifatkan sebagai pakaian seharian atau pakaian basahan.

Baju Kurung Melaka

Pakaian tradisional wanita Melayu Melaka pula selesa mengenakan baju kurung teluk belanga dengan mempunyai hiasan dada dihiiasi sibar layang dari baldu bertekad manik dan labuci.

Baju Kurung Pahang

Baju Kurung Pahang atau dikenali sabagai Baju Kurung Riau Pahang pula menyingkap pertalian sejarah antara kedua negeri Riau dan Pahang. Walaupun Riau dan Pahang adalah dua buah negeri yang berjauhan, perhubungan politik dan sosial budaya yang terjalin sewaktu zaman kerajaan Melayu Melaka terserlah dengan terciptanya potongan pakaian ini yang juga dikenali sebagai Baju Belah atau Baju Kebaya Turki. Berbeza dengan pesak baju kurung, kedua-dua bahagian tepi Baju Kurung Riau Pahang berpesak kembang yang disambungkan kekek gantung. Baju berkolar tinggi ini amat menarik sekali dipakai dengan tujuh atau sembilan butir butang.

Tuesday, December 8, 2009

Shape-Shifting Robot Lets You Try On Clothes




Fits.Me’s Shape-Shifting Robot Lets You Try On Clothes, Online [Video]

FINALLY, A SOLUTION TO A PROBLEM PLAGUING ONLINE CLOTHING SALES: THE VIRTUAL FITTING ROOM.
Half of all computers and two-thirds of all books are now sold online. But clothes? A measly 8%, for obvious reasons: When you buy clothes online, you never know how they're going to fit. For the retailer, that poses the added headache of huge return rates, which send costs skyrocketing.
Fits.me, an Estonia start-up, is offering a new, sci-fi solution: A robotic mannequin that takes your body measurements and mimics your shape, so that you can see exactly how clothing would fit you, online. Launched in June, Fits.me has already shown promising results for clients: One German test-run showed that the robots increased sales 300%, while reducing returns 28%. Just watch:
"When I was a kid, I had this dream that one day, I would have an army of robots to rule the world," says Heikki Haldre, Fits.Me's CEO. "I've only got a couple now, but that's okay." The robots don't adjust to your body in real time -- the process is simpler and more clever.
All told, the robot is capable of replicating 2,000 body shapes. When a retailer signs up with Fits.me, they first send in their clothes. Each size is placed on the robot, which then cycles through all the body shapes it knows. (Think of the scene at the end of Terminator 2, when the T-1000 is being melted down.) While that's going on, a camera is taking pictures of each permutation. This photographic log is then stored in an online database. Once you go online and type your measurements into the retailer's site, it calls up the photo corresponding to your precise body type and clothing size. "It can be as beer-belllied or gym toned as you are," says Haldre. "And we can show you how a small versus a medium fits on you, for example."
Fits.me is now pursuing several new retail partnerships. Though there's only a male mannequin for now, they'll be unveiling a female mannequin in November. (The expansion was funded by a $3.5 million second-round of financing; the lead investor has been the Estonian development fund.) As Haldre tells it, "My engineers now have the best job in the world: Studying women's breasts."
[Haldre, with his robot army of one]
The idea for Fits.me arose in a round-about way. A serial entrepreneur who also managed Estonia's PR campaign to join the EU, Haldre initially had the idea to create booths inside offline retailers, where laser scanners would take your precise measurements. These in turn would be sent to tailors, who could create bespoke suits for off-the-rack prices. "I believe that's still do-able," says Haldre. "But you still have to to get the customer to the fitting. They still have to try something on before anything ships out. And then we realized we could solve this." At first, Haldre and his team explored the possibility of printing out 3-D models of your body shape, on demand. But they quickly scrapped that idea, after realizing that thousands of prints would need to be created all day. So they moved onto robotics, eventually hiring four different university research groups to create the mannequin. The first prototype took three years to perfect.
While Haldre believes his company can totally change how clothes are sold online, he recognizes that Estonia might seem like a weird country of origin. But it was actually crucial: "If we had first approached the fashionistas in Paris or London, they probably would have thrown us out the door," says Haldre. "But in a small country like Estonia, people start talking. And they give crazy ideas like this a chance. Now, we have a robot that can be any shape at the push of a button. I wish I had a button like that."







Monday, December 7, 2009

Bentuk badan wanita M, Y, S, H, A, P, E



20070316-myshape.JPG
myShape.com is an online retail store that offers women a chance to find clothing that “fits and flatters” their specific body type. myShape lets you enter a profile and a “body” type and myShape helps you find clothes that look good on your specific body type. The following is the description from the myShape.com press release:
Its patent-pending ShapeMatch™ system matches specific clothing to each woman’s specific measurements and preferences for a look that reflects her unique sense of style…Each of the letters in myShape (M, Y, S, H, A, P, E) represents one of seven overall body shapes.

Sunday, December 6, 2009

Cara Ambil Ukuran Badan untuk Pakaian

Cloth sizes that fits the body measurement



  • 1
    Ukur dada anda dengan meletakkan pita pengukur di bawah lengan anda dan sekitar tulang belikat anda (pita pengukur harus lurus seluruh belakang anda). Juga, pastikan bahawa pita pengukur melingkari bahagian penuh dada anda. Gunakan pen dan kertas untuk menulis nombor pada pita pengukur.
  • 2
    Ukur pinggang anda dengan meletakkan pita pengukur mengelilinginya. Kawasan pinggang yang  betul adalah bahagian yang berlipat apabila badan anda dibengkokkan. Selain itu, kawasan pinggang boleh juga diambil pada betul-betul di atas butang perut anda atau bahagian sempit pinggang anda. Gunakan pen dan kertas untuk menulis nombor pada pita pengukur.
  • Balut pita pengukur mengelilingi bahagian penuh pinggul anda. Kawasan ini biasanya 7-9 inci di bawah pinggang anda. Gunakan pen dan kertas untuk menulis nombor pada pita pengukur.
  • 4
    Ukur panjang lengan anda dengan meletakkan pita pengukur di atas bahu dan regangkan ia menuruni ke pergelangan tangan anda. Gunakan pen dan kertas untuk menulis nombor pada pita pengukur.
  • 5
    Cara yang paling mudah untuk mengukur inseam anda adalah berdasarkan seluar kegemaran anda. Ambil seluar ini dan letakkan pita pengukur langsung pada titik terendah kelangkang dan pastikan ia lurus ke lantai. Ini adalah inseam anda. Gunakan pen dan kertas untuk menulis nombor pada pita pengukur.
  • 6
    Ukur paha anda dengan meletakkan pita pengukur pada bahagian penuh peha andabalut pita pengukur mengelilinginya. Pastikan bahawa pita pengukur lurus. Gunakan pen dan kertas untuk menulis nombor pada pita pengukur.
  • 7
    Akhir sekali, jika anda perlu untuk mengukur ketinggian anda, ukur dari bahagian atas kepala anda ke lantai. Satu lagi cara mudah untuk berdiri membelakangkan dinding dan buat tanda pensil kecil di atas kepala anda. Ukur ketinggian anda dari atas tanda itu ke lantai. Gunakan pen dan kertas untuk menulis nombor pada pita pengukur.


  • Read more: Cara Ambil Pengukuran Badan untuk Pakaian | eHow.com http://www.ehow.com/how_2303660_body-measurements-clothes.html#ixzz2BJWxjVBa





    Saturday, December 5, 2009

    Ukuran bahu yang mana satukah yang betul?

    Which shoulder measurement is correct?

    Dalam post terdahulu, terdapat kisah kesilapan ukuran bahu dan tangan. Ada dua persoalan besar yang selalu ditanya oleh mereka yang mula belajar mengukur badan seperti saya.

    Soalan 1: Di manakah poin sebenar yang memisahkan bahu dan tangan?

    Soalan 2: Mana satukah ukuran bahu yang betul? 
    a) Ukuran lurus rentas bahu? 

    atau b) Ukuran di atas bahu?


    Bagi soalan 1, bymymeasure.com memberikan tips mudah seperti berikut:
    Feel around at the top of your shoulder. You should be able to feel the outer end of your clavicle, it might feel like a little knob. Just outside of this is a divot where the joint is, and below that is the top of your humerus, or your upper arm bone. If you place your finger on the outer end of your clavicle and move your arm around, you should notice that your finger doesn’t move (much). I’m calling this knob, or the tip of your clavicle, the point of your shoulder. This is definitely on the top of your shoulder, not down the arm at all. Stand up straight, and have somebody (if possible) measure the distance between the points of the shoulders, the shortest distance across your back. If you have to measure yourself, be sure to keep your shoulders down as well as you can.

    Apa yang saya faham ... Poin pemisah antara bahu dan tangan berada pada satu tempat berupa tombol. Letakkan jari pada tempat tersebut dan minta model anda mengangkat tangannya. Jika jari anda berada di tempat yang betul, jari tersebut tidak akan bergerak apabila tangan model di angkat ke atas.

    Ada lagi satu teknik yang ditayang di youtube,http://www.youtube.com/watch?v=3ktGixIr7gA , di mana pengukur meletak tapak tangan di sisi lengan model. bahagian bahu yang menyentuh tapak tangan itulah yang dianggap sebagai poin pemisah seperti gambar di bawah.

    Kaedah yang sama juga disebutkan oleh http://propercloth.com/dress-shirt-body-measurements (lihat gambar di bawah).


    Bagi soalan 2, ikatbag.com berkongsi pengalamannya seperti berikut:
    It depends on what you'll do with the measurement. The real old tailors and other old-school types often use the arched-across-the-back-of-neck method. I learnt it that way also. Mum says it gives a better fit. 
    Apa yang saya faham ... Ianya bergantung kepada bagaimana kita mahu menterjemah ukuran ini kepada potongan kain kelak. Dari pemerhatian saya, ukuran atas bahu juga membolehkan proses semakan ke atas ukuran bahu baju yang siap dibuat dengan mudah. Pelanggan juga mudah memahami logik ukuran ini.

    "send us one of your existing comfortable shirts and we will duplicate its size"(http://ripleyshirts.com/Ripley_Fitting/Ripley_Fitting.html)



    Thursday, December 3, 2009

    Impak ukuran bahu dan lengan





    Ukuran bahu dan lengan memberikan impak besar kepada baju. Ukuran yang seimbang seperti gambar di atas sudah tentulah akan memberikan kesan "segak dan selesa".

    Bagaimana pula halnya dengan gambar di bawah?
    photo

    Finished muslin
    This is the muslin, Andrew will not actually be wearing this shirt. There are a couple of issues with this shirt. The sleeve is too long, the shirt is a little too wide at the waist, and there is a weird thing going on at the shoulder. (http://www.flickr.com/photos/cinnachick/5496197368/in/photostream/)



    Mujurlah pereka baju itu dapat mengesan kesalahan poin-poin utama pada bajunya. Jika tidak, jadilah satu nightmare untuk krew butik.