Monday, January 21, 2013

Curtain & Partition Langsir 2 Dalam 1




Langsir bukan sahaja berfungsi sebagai penutup tingkap atau pintu tetapi juga boleh berfungsi sebagai penutup ruang tertentu, misalnya sebagai pembahagi ruang jemaah lelaki dan wanita di surau atau masjid, bilik persalinan pakaian, wad pesakit dan sebagainya.

Bangkitkan Suasana Romantis Di Kamar Tidur


Kamar tidur merupakan ruang kediaman paling penting untuk mendapat rehat sepenuhnya. Nyenyak atau tidak tidur anda selain disebabkan banyak hal, ia turut dikaitkan penataan di kamar tidur. Kamar tidur yang bersih, indah dan segar bukan sahaja membuatkan anda rasa nyaman dan tenang ketika tidur tetapi sebagai tempat yang sangat peribadi, ia juga mampu menghadirkan suasana romantik terutama ketika bersama pasangan.

Friday, December 21, 2012

Ombak Stulang Laut - cara mencantum



1. Temukan bahagian dalam kain pelapik dengan bahagian dalam kain, ropol hiasan, kemudian jahit matikan kedua-dua sekali.

2. Temukan bahagian luar kain langsir utama dengan bahagian luar kain ropol hiasan, atau tindihkan di atas ropol hiasan, kemudian jahit sekali ketiga-tiga bahan

3. Bahagian atas kain langsir utama dibawa ke bahagian atas kain pelapik dilipat pisau terus ke belakang pita tarik sambil dijahit mesin perlahan-lahan, pastikan ketika melipat, kain langsir utama mencukupi.

4. Ketika menjahitnya, bahagian bawah pita tarik, jahit dari permukaan langsir sambil kemaskan (selarikan) lipat pisau. Untuk hiasan bahagian jahitan boleh ditutup dengan renda lebar.

5. Bahagian dalam langsir akan berbentuk seperti gambar dii sebelah.

Ombak Stulang Laut - Persediaan, menggunting dan membahagikan kain




Persediaan

1. Kain langsir utama (diambil dari bahagian tengah kain yang berbunga 21 inci).

2, Kain pelapik (dari bahagian atas kain yang kosong) 11 inci.

3. Kain rupal hiasan (daripada kaki yang bersulam) 7 inci

Gunting dan bahagi kain

1. Lebar kain langsir utama berukuran 3 kali ukuran lebar tingkap ditambah 3 inci basi kelim kiri dan kanan. (lebar tingkap 90 inci x 3 = 270 inci + 3 inci basi kelim) = 273 inci. Labuh langsir 21 inci.

2. Bahagian atas kain langsir utama dilipat ke belakang 1 inci kemudian dikelim selapis sahaja, manakala bahagian bawah kain pula dilipat kotak inci.

3. Kain pelapik diambil dari bahagian atas kain yang kosong atau warna yang berlainan, berukuran lebar tingkap ditambah 3 inci basi kelim kiri dan kanan (LT 90 ici + 3 inci =93 inci ) Labuh kain 11 inci.

Ombak Stulang Laut Teknik Pisau Lipat




Tempat: Ruang tamu, bilik tidur, atas pelamin dan bilik penganting

Jenis kain: Nipis dan jarang, atau kain seer nipis bidang 120 inci bawah kain berkaki

Pita: pita tarik 2 tali

Ukuran contoh: Lebar tingkap (LT) 90 inci
Labuh langsir (LL) 20 inci

Kain yang berbidang 120 inci berbunga di tengah-tengah boleh dipelbagaikan untuk membuat langsir seperti ini, rujuk cara membahagikan kain.

Cara menyiapkan langsir Tivoli Curtain




1. Untuk mencari kedudukan tie pada heading, lebar tingkap 76 inci bahagi 3=25 inci. Bahagikan tiga bahagian 25 inci pada heading.

2. Letakkan tie pada pertemua kedua-dua poin 25 inci terlebih dahulu, kemudian pada heading. Rujuk gambar di sebelah.

3. Basikan 2 inci kedua-duanya hujung heading, kemudian temukan bahagian luar heading dengan bahagian luar kain panel yang berbentuk kipas.

Cara Membuat Tie Tivoli Curtain




1. Ukuran tie yang sederhana lebar, ikut ukuran rajah di atas.

2. Guna kain asal digabung dengan kain kosong, kain dilapis dua, temukan bahagian luar kedua-dua kain, jahit keliling biarkan bahagian atas tidak berjahit.

3. Terbalikkan melalui bahagian yang tidak berjahit. Gosok supaya kemas.

4. kain diberi poin tengah. Lipat bahagian kiri tiga lapis (lipat kotak).

5. Lipat sebelah lagi, sehingga menjadi seperti rajah di atas, kemudian jahit mati bahagian atas.